Who we are
Persatuan Pengasih Malaysia Negeri Perak (PPMNP) adalah sebuah pertubuhan
bukan kerajaan Malaysia yang bertujuan untuk membantu individu mengatasi masalah
berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dan menjalani kehidupan yang sihat dan produktif.
Secara rasminya Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Cawangan Persatuan Pengasih
Malaysia untuk Negeri Perak pada 13 Oktober 2020. Kami telah membantu ratusan individu
dalam mengambil kembali kawalan ke atas hidup mereka melalui program pemulihan dadah
yang khusus dan perkhidmatan sokongan yang komprehensif.
PASUKAN KAMI
Persatuan Pengasih Malaysia Cawangan Negeri Perak dipimpin oleh sebuah pasukan yang
berdedikasi terdiri daripada pengasasnya yang juga Pengarah Projek Rumah Pengasih
Amanjaya, Badrul Hisham bin Datuk Haji Ahamad, Timbalan Pengarah Program, Sohaimi bin
Ahmad, dan Timbalan Pengarah Operasi, Ahmad Radilah bin Idris, bersama-sama dengan
sekumpulan individu yang komited bekerja tanpa henti dalam memperjuangkan misi kami.
MISI KAMI
Persatuan kami berusaha untuk memupuk kekuatan dan kemahiran individu
terkesan dengan penyalahgunaan dadah bagi membolehkan mereka, menerusi
intervensi secara menyeluruh serta kos-efektif menggunapakai kaedah terapi
komuniti untuk hidup bebas dari kebergantungan kepada bahan, serta memenuhi
kehidupan mereka dengan penuh martabat, harga diri dan pencapaian.
.jpg)
Comments
Post a Comment